Pengantar antropologi/sosiologi introduction to anthropology/sociology



Download 342.68 Kb.
Page9/10
Date02.07.2022
Size342.68 Kb.
#59117
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10
ASSIGNMNET JKA101
peruncitan, 15751
PERUBATAN
Daripada segi perubatan, masyarakat Semai mangamalkan cara berubat sendiri apabila seseorang daripada mereka sakit sama ada dengan menggunakan akar dan daun-daun kayu atau bomoh.
Bagi sakit atau luka-luka herba digunakan secara meluas di dalam masyaraka Semai. Jenis-jenis herba yang digunakan adalah berdasarkan jenis penyakit yang dihidapi. “Slak Selendon” , “Slak Mandi Alam”, dihancurkan atau ditumbuk kemudian dipupuk di tempat yang luka dan dibalut.
Kudis Buta - Untuk mengubati, daun “gelenggang” yang telah layu pada api dan dihancurkan kemudian disapu di tempat yang berkudis.
Bisul - Ia diubati dengan membakar kulit kerang hangus, kemudian ditumbuk sampai hancur, disapu pada bisul.
Kayap - Batang Kelubi dipancung serong dan diambil getahnya. Getah itu disapu di tempat yang terkena kayap.
Kurap dan Panau - Daun gelenggang dilayu, dihancurkan atau ditumbuk kemudian dipupuk atau disapu di tempat yang ada kurap atau panau.
Panas-panas Badan - Akar lalang diambil sebanyak mana yang boleh, seelok-eloknya akar lalang yang masih muda direbus dan airnya itu diminum atau Batang Tepus dititik dan diambil sebelah dalam batang itu dan diletakkan di kepala.
Pening Kepala - Halia dipotong kemudian dicium selama lebih kurang 5 minit. Ulangi lagi selepas itu atau bawang putih dipecahkan digosok di atas kepala.
Patah dan Terseliuh - “Daun temu urat” dan “buah jarak ” dibungkus dalam daun pisang dan dipais. Daun yang telah dipias diletakkan di tempat yang patah atau terseliuh. Kemudian dibalut. Rawatan seperti ini dilakukan sehingga beberapa minggu atau bulan sehingga sembuh.
Hidung Berdarah “Broh” - Daun sirih atau “Cawi” digulung dalam bentuk kun dan disumbatkan ke dalam hidung.


PERUBATAN TRADISIONAL
Orang Asli Suku Kaum Semai mempercayai bahawa penunggu, hantu dan syaitan adalah salah satu punca seseorang itu mendapat sakit. Oleh itu bomoh atau pawang memainkan peranan penting untuk mengubat dan mengetahui penyakit-penyakit yang dihidapi dengan cara seperti jampi,bercadak,berkebut,sewing,gegabor,sangkak,tenghor,cekneat,Ne-alin,bidan atau Bidat.

Download 342.68 Kb.

Share with your friends:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10




The database is protected by copyright ©ininet.org 2024
send message

    Main page