Sasaran pasaran



Download 14.48 Kb.
Date02.07.2022
Size14.48 Kb.
#59115
peruncitan
15751, ASSIGNMNET JKA101

SASARAN PASARAN


Sasaran pasaran adalah segmen pelanggan berpotensi yang cenderung membeli produk atau perkhidmatan dari anda.Pasar sasaran ini dapat didasarkan pada geografi, demografi, psikografik, atau fitur lain yang menentukan. Pasaran sasaran sangat penting dalam kempen pemasaran yang berjaya kerana menerangkan jenis orang yang ingin anda pilih.
Sasaran pasaran yang Syarikat Huang Yi Mart memilih sukar ditentukan tanpa membuat kajian terlebih dahulu.Oleh itu,mereka melakukan kajian bagi mengenal pasti dahulu sasaran pasaran mereka dan pesaing mereka.Hasil daripada kajian tersebut,terdapat sasaran pasaran bagi Syarikat Huang Yi adalah dari segi demografi iaitu golongan B40 atau boleh dikatakan gologan yang berpendapatan rendah dan sederhana.Mereka yang berpendapatan rendah akan cuba untuk membei belah di kedai mereka kerana harga barang yang dijual berpatutan dan jika mereka tidak mencukupi duit,majikan juga memberi peluang untuk membayar kemudian tetapi bagi yang dikenali sahaja.Kadang-kadang mudah difahami kerana bahasa, citra atau syarikat menentukan pasaran mereka secara terbuka.Sebagai contohnya,kedai mereka terletak di lokasi dimana kaum masyarakat cina adalah yang majoritinya dan hal ini menyebabkan majikan syarikat ini member tumpuan yang lebih kepada masyarakat cina ini untuk menarik perhatian mereka.Majikan syarikat Huang Yi Mart telah memberi duit “ANG POW” kepada pelanggan ketika musim perayaan cina dan memberi diskaun kepada mereka.Beliau juga cuba untuk berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Cina sebaik mungkin supaya pelanggan rasa selesa untuk membeli.
Selain itu,majikan Syarikat Huang Yi Mart juga tidak tertinggal masyarakat kaum lain.Beliau juga memberi tumpuan kepada masyarakat lain dengan memberi juga diskaun kepada pelanggan tetap dan memberi perkhidmatan menghantar barang ke rumah mereka.Syarikat Huang Yi Mart ini telah menjadi tumpuan dan pilihan utama penduduk bagi membeli barang di tempat mereka.Seterusnya,majikan Syarikat Huang Yi Mart juga menumpukan perhatian kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun.Beliau menjual barang-barang permainan dengan harga berpatutan dan mempunyai citarasa yang menawan bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk membelinya.
Download 14.48 Kb.

Share with your friends:




The database is protected by copyright ©ininet.org 2024
send message

    Main page