Mengurangkan jurang antara pegawai dan kakitangan bawahan agar komunikasi lebih berkesan



Download 18.84 Kb.
Date27.03.2023
Size18.84 Kb.
#60975
SOALAN 2

SOALAN 2 :

Motivasi adalah aspek yang penting dalam pengurusan syarikat Volvo , justeru itu, ia adalah amat penting untuk memastikan persekitaran sesebuah syarikat kekal positif dan menggalakkan. Namun, ada juga kemungkinan timbulnya perasaan kehilangan semangat dan masalah motivasi di kalangan para pekerja apabila terdapat program baru diperkenalkan. Oleh sebab itu, ia adalah amat penting untuk pengurusan syarikat Volvo memberi kepentingan kepada kesihatan mental selain daripada fizikal di kalangan kakitangannya kerana syarikat Volvo boleh berdepan dengan kehilangan kakitangannya dan kemerosotan prestasi syarikat tersebut. Terdapat beberapa penyelesaian di mana syarikat Volvo boleh mempraktikkan untuk menangani masalah ini.


Salah satu langkah penyelesaian adalah mengurangkan jurang antara pegawai dan kakitangan bawahan agar komunikasi lebih berkesan . Dengan demikian, halangan komunikasi dapat dilenyapkan antara kakitangan syarikat Volvo. Selain daripada itu, langkah ini juga dapat mengurangkan persaingan sesama kakitangan sebaliknya dapat membolehkan mereka bekerjasama. Pekerja dan majikan boleh berbincang, berkongsikan idea-idea yang kreatif dan berguna dan meluahkan sebarang ketidakpuasan. Ini juga akan membuatkan pekerja bersifat lebih terbuka dan tenang di tempat kerja. Tingkah laku positif dan etika pekerjaan yang bagus akan membolehkan syarikat Volvo mencapai matlamat dengan lebih cepat, mudah dan mempunyai prestasi yang baik untuk jangka masa yang panjang.
Langkah seterusnya adalah mewujudkan semangat berpasukan dan cintakan organisasi. Dengan memupuk semangat mencintakan organisasi, para pekerja akan bekerja dengan lebih efesyen, efektif dan juga sanggup bekerja lebih masa kerana kesetiaan dan komitmen mereka terhadap syarikat. Dengan terus memberikan kasih saying dan penghargaan kepada para pekerja atas sumbangan mereka, pekerja akan berasa bangga menjadi sebahagian daripada syarikat Volvo.
Kumpulan kualiti juga amat penting supaya pekerja boleh bersama-sama menyumbang idea yang penting dan berguna dalam membangunkan organisasi.
Pemberian ganjaran berdasarkan prestasi kerja juga harus dilaksanakan untuk meningkatkan motivasi para pekerja di Volvo. Perlaksanaan pembayaran bonus secara bulanan untuk pekerja yang bekerja untuk sebulan berturut-turut tanpa mengambil cuti sakit juga boleh meningkatkan prestasi dan motivasi para pekerja untuk kerap ke kerja dan mengurangkan kemalasan.
Pengupayaan kakitangan juga harus digalakkan untuk menangkis masalah motivasi di tempat kerja. Mereka harus diberi peluang untuk mengemukakan idea-idea dan pendapat-pendapat yang bernas untuk memajukan syarikat di Volvo. Ini akan memberikan semangat kepada mereka dan juga kepuasan hati dengan memahami bahawa sumbangan mereka amat dinantikan oleh majikan. Justeru, mereka akan rasa kepentingan mereka di syarikat tersebut.
Di samping itu, ia adalah amat penting untuk menyediakan persekitaran kerja dan budaya organisasi sihat dan kondusif. Organisasi yang sihat akan membolehkan para pekerja lebih didorong dan mempengaruhi minda para pekerja secara positif. Minda yang positif akan memberi inspirasi, kepercayaan, dan kepastian pekerja yang dapat menghilangkan rasa ketakutan, negatif, dan keraguan semasa bekerja. Ini juga akan membolehkan para pekerja lebih bersemangat, optimistik dan ceria. Sehubungan dengan itu, para pekerja juga mampu menunjukkan minat, memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan kerja dan berusaha mengendalikan masalah secara bijak dan cepat. Selain tu, minda yang sihat juga membenarkan pekerja memenuhi target kerja seharian seawal mungkin.
Masalah motivasi adalah sebab utama sesuatu organisasi tidak berprestasi tinggi dan ketinggalan ke belakang. Namun, dengan seringkali mencari penyelesaian terhadap masalah motivasi dan masalah lain, sesebuah organisasi mampu mengubah haluan ke jalan yang betul.

Download 18.84 Kb.

Share with your friends:




The database is protected by copyright ©ininet.org 2024
send message

    Main page