GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG
GPMS NEGERI PERAK
PPBM 0021- 4795/09
No. 10 Laluan Meru Perdana 22, Taman Meru Perdana 2, 31200 Chemor Perak No. Tel : 017-5036243
No. Ruj : GPMSPk./HQ/0718/03
Tarikh : 15 Jun 2020
Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin
Penasihat YAB Menteri Besar Perak
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat,
PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI PENYELENGGARAAN INSTITUT GPMS PERAK
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut GPMS Perak merupakan sebuah pusat latihan kepimpinan dan pengkaderan yang telah sekian lama digunakan untuk pembangunan belia di negeri Perak.
3. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kami perlu menampung sebahagian kos yang besar untuk mengekalkan institut ini sebagai bangunan yang boleh digunapakai pada setiap masa. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik Yang Berhormat agar dapat menghulurkan sumbangan bagi membantu pihak kami supaya Institut GPMS Perak ini kekal sepanjang masa.
4. Sebanyak RM500.00 ringgit diperlukan pada setiap bulan supaya kebersihan dan keselamatan di Institut GPMS Perak kekal terjaga dan terjamin. Buat masa ini bayaran kepada pembersih dibuat secara kutipan sukarela dari ahli-ahli GPMS Negeri Perak.
5. Kami amat berharap agar Yang Berhormat dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama dan perhatian Yang Berhormat berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
“BELAJAR TERUS BELAJAR”
Yang Menjalankan Amanah,
MUHAMMAD ASREE BIN ABDUL AZIZ
Pengerusi
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Negeri Perak
Share with your friends: |