Wan nur iffah syazwanie binti wan nazarudin



Download 17.38 Kb.
Date16.12.2020
Size17.38 Kb.
#54469
FALSAFAH ISLAM

WAN NUR IFFAH SYAZWANIE BINTI WAN NAZARUDIN

2020980425



  1. Senaraikan 5 pengajaran daripada video tersebut.

  • Sentiasa bersyukur kepada Allah kerana orang yang bersyukur akan mendapat hikmah daripada-Nya.

  • Sentiasa menyedari nikmat dan amanah dengan takdir yang diberikan oleh Allah.

  • Sentiasa bercakap benar dan jujur. Sekiranya ianya tidak penting maka lebih baik untuk berdiam diri.

  • Sentiasa mengaku akan keesaan Allah. Contohnya, melafazkan zikir dan puji-pujian kepada Allah.

  • Menggunakan nikmat yang telah diberikan sesuai mengikut tujuannya dan tidak melakukan zalim.



  1. Ulas isi video secara umum dalam kerangka pemikiran falsafah, menerusi 3 cabang perbahasan falsafah (Ontologi, Epistemologi dan Aksiologi)

  • Ontologi

Ibu bapa hendaklah menanamkan pengetahuan dan keimanan terhadap anak-anak sejak kecil lagi tentang kewujudan dan kebesaran Allah kerana mereka masih muda dan mampu untuk menerima segala ilmu. Sekiranya mereka diajar dengan mensyukuri segala nikmat Allah, hal ini dapat menghindarkan mereka daripada melakukan syirik terhadap Allah.

  • Epistemologi

Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak akan kewajipan melaksanakan solat. Hal ini demikian kerana solat itu merupakan amalan yang menandakan seorang hamba itu patuh terhadap pencipta-Nya. Jika anak-anak dapat mendirikan solat lebih-lebih lagi diajar secara berjemaah nescaya jiwa mereka akan bersih dan akan sentiasa berserah diri kepada Allah.

  • Aksiologi

Anak-anak mestilah taat dan wajib berbuat baik terhadap kedua orang tua mereka. Lebih-lebih lagi terhadap ibu. Hal ini kerana, ibu yang telah mengandungkan, melahirkan serta melayani segala karenah kita. Selain itu, ibubapa juga perlu dihormati kerana mereka telah membesarkan dan memberikan pendidikan sejak kecil. Maka, kita perlu membalas semula segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan.

  1. Senaraikan 10 tindakan yang boleh anda lakukan setelah mempelajari ayat-ayat tersebut. Bermula dengan ayat berikut:

Setelah saya mempelajari ayat-ayat ini, maka saya…

  • Saya akan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.

  • Saya tidak akan menyekutukan Allah dan akan sentiasa mengaku akan kebesaran-Nya.

  • Saya akan menanam dalam hati bahawa Allah itu yang terbaik dan Dia yang Maha Mengetahui.

  • Saya wajib taat dan berbuat baik kepada ibubapa serta melayan mereka dengan baik kerana mereka telah melahirkan dan membesarkan saya.

  • Saya wajib melaksanakan solat kerana ianya merupakan perintah Allah dan lebih baik jika dilakukan secara berjemaah.

  • Saya perlu mengajak masyarakat untuk melaksanakan budaya dan juga menghormati akan orang lain,

  • Saya hendaklah yakin dan sentiasa sabar dengan musibah yang diberikan Allah supaya mendapat ganjaran-Nya dan dapat melaluinya dengan baik pada masa akan datang.

  • Saya tidak boleh berpaling muka dan perlu memandang mata terhadap orang yang sedang bercakap dengan saya.

  • Saya juga tidak boleh sombong terhadap masyarakat dan sentiasa berjalan dengan normal dan tidak berasa angkuh di khalayak ramai.

  • Saya mestilah bercakap dengan suara yang bernada rendah iaitu dengan tidak menjerit dan tidak juga terlalu membisik.

Download 17.38 Kb.

Share with your friends:




The database is protected by copyright ©ininet.org 2024
send message

    Main page